Setelah lama dan berhari-hari aku tidak mempunyai ruang dan waktu untuk menulis disini.
Kerana terpaksa menghadapi situasi yang sendat dan belum pasti.
Telah membuatkan AkUntuKamu disini menjadi ketagih dengan keperluan yang tidak diperlukan dengan mengatakan ianya perlu.
Huh! ini bukan keluhan ok... cuba lagi menaip apa-apa yang perlu dan boleh dikongsi bersama.
AkUntuKamu disini lagi.
Walaupun bukan keperluan yang perlu dicari oleh kamu.
Aku cuba...
(aku pun tidak pasti, samada ianya adalah kata-kata yang lahir dihati atau keRinduan yang tak pasti)
tak akan datang atau kembali
yang pergi telah pun memberi beribu erti
Sayang, Resah,Rindu dan pelbagai rasa yang dicaci maki
kerana erti yang menjadi kaki
oleh pemikiran yang berdaki
meninggalkan peninggalan yang tertinggal di hati
juga pelbagai rasa yang disalah erti
angin keRinduan yang membawa aku kembali
Rindu yang bukan dipanggil atau dicari
malah ianya datang dengan sendiri
datang pabila diuji
dek ujian yang Hakiki
berkaki-kaki berkati-kati
tidak terperi
juga tidak pergi dengan peninggalan larian yang sakti
membuak-buak dan menjadi-jadi
semakin menjadi
serta bertambah lagi
dan ada lagi
sesuatu yang tidak perlu dicari gali
kesabaran yang berterusan dicari pada hati
hati sendiri
dilengkapi usaha bakti
berterusan meminta pada yang Hakiki
cari, daki, gali... mempunyai tujuan yang tersendiri
tujuan untuk melengkapi
dengan itu aku Rindu
Rindu pada darah yang abadi
RINDU pada insan bernama "Family"...
Sememangnya aku tidak tahu AkUntuKamu disini untuk apa lagi?
Untuk dicaci maki atau memberi satu erti yang tidak dapat ditafsiri sendiri oleh Hati yang mati.
Apatah lagi kamu sendiri.
Huh, aku semacam terhidu kebosanan pada kamu-kamu yang mungkin tersalah masuk dan membaca disini.
Aku mintak maaf, jika AkUntuKamu disini telah membuang masa kamu bertubi-tubi bagai sampah jatuh dari lobi yang tinggi...
Maaf sekali lagi.
dan lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan