Jumaat, Mac 12, 2010

tersangat ingin (kepingin,teringin,hendak,mahu & bla3x...)

aku dah tak tahan dah ni...
terasa amat... siot!!!
dah memangil-manggil dan terpanggil
tercunggil dan termunggil-munggil dah seluruh anggota badan aku
samada hati, mata, telinga dan mulut yang terjuih-juih sibuk menyebut perkataan...
balik...balik...balik...dan balik
dan lagi sekali, Balik!!!
esok balik... yeehaa...
maa abah aku, orang kampung semua mesti rindukan aku
kan3x...?
ngee3x...
sabar, tunggukan kepulangan aku ya...
semoga aku selamat sampai
urmmm... mudah-mudahan
amin...


walau..........
tadi pagi dah kena brain wash mungkin, kat kelas Event Managment...
ada yang tadah telinga
tadah mulut
tadah hati
buat-buat tuli bisu buta
bla...bla...bla...
(macam-macam reaksi dan karenah)
huh, abaikan... gila kentang... tak payah la nak cerita atau fikir perkara yang tak terbabit walaupun ianya telah terbabit
bikin hati kusut serabut je...
panjang pulak jadinya nanti
ok, sekarang behenti. tettt.....
mood nak balik dah membuak-buak dah ni
rindu abah, maa, adik, kakak, abang, anak sedara, kawan masa kecik, kawan sekolah, sepupu sepapat, mak cik, pakcik, orang kampung aku... bla...bla...bla

ahaks3x...
bila sebut je pasal mereka diatas
aku teringat yang ada suatu hari tu (cuti umum)
kebetulan pulak semua family aku balik kampung-abang-abang aku dan familynya lah
dan masa tu aku terkecuali (tak balik)

kakak aku bagi mesej yang berbunyi lebih kurang begini
cuti nanti balik tak?
aku kata, tak.sebab tak berbaloi
aku tanya, kenapa? rindu aku ke...?
dia kata tak pun...
hakhak! aku ketawa sendiri...
aku balas lagi, eleh...cakap je la kamu semua rindukan aku...
kakak aku balas lagi...
tak pun...tapi maa abah kata kalau kau tak balik Tak Best! Tak Seronok! (dan perkataan lain yang sekutu atau sewaktu dengannya)
hahaha...poyo kan kakak aku?
terus terang je la yang kamu semua rindukan aku...
apa pun, aku paham... dan aku percaya...
mereka rindu aku, selaras dengan perasan rindu aku kepada mereka semua
kamu semua kat luar sana pun faham...aku tahu

kata RINDU sebenarnya tak perlu diperdengarkan atau diluahkan untuk difahami atau diamati... malah masing-masing dapat rasa, hayati dan sematkan sendiri berdasarkan situasi...

oleh itu, aku nak cakap yang...
aku sangat Rindukan mereka yang terlibat atau terbabit...
terutamanya...
Maa & Abah tersayang...
Rindu sesangat...
sob...sob...sob...


wajah sedih aku setelah di convert pada wajah ikan
(ikan pun boleh lemas kalau dan Rindu yang melampau-lampau)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan