AkUntuKamu disini bukan untuk disukai, disayangi, diperhati atau diperlakukan sebagainya. AkUntuKamu disini untuk belajar. Belajar menulis dan mencatat apa yang dirasakan perlu untuk dikongsi bersama.
1,2,3...A,B,C... 'mereka' hanya nombor dan huruf bagi permulaan untuk membilang atau mengeja bilangan tertentu. Begitu juga aku pada permulaan cerita yang hanya merangkak dan membelek-belek minda mencari kata-kata untuk ditaip. Hurrmmmhhh...
Aku sedar, aku tak mampu menghurai kata-kata. Sedangkan, sebelum menulis blog ini, aku rasa banyak sangat yang perlu diperkatakan.
Argghhh...tak tahu apa yang perlu aku perkatakan... Daripada mendidihkan kotak hati dan minda aku yang sememangnya panas bergelegak dek ujian yang pelbagai... Apa pun, aku harus bersabar dan cekal untuk semua yang berlaku. "Allah tak akan menguji kita diluar kemampuan yang kita ada" Allah itu Maha Adil dan Maha segalanya...
Baiklah, aku sedar yang aku telah kematian kata-kata. Oleh itu, aku tamatkan sahaja kata-kata yang sememangnya tiada permulaan ini, apatah lagi penamatnya...